BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 25, 2010

Tundukkan wajahmu ke bumi.


Assalamualaikum...

Setelah sekian lama. Alhamdulillah nyawa ana masih dipanjangkan lagi.
moga dengan nikmat ini, kita sama-sama dapat melaksanakan satu sunah Rasulullah yang paling besar iaitu, DAKWAH.

Dengan umur kita yang semakin meningkat, haruslah kita sedar bahawa ajal juga semakin mendekat. Kita tiada masa untuk terus leka dan lalai. Walaupun ana selalu juga lalai. tapi memang itu lumrah manusia.tapi jangan jadikan itu alasan untuk kita terus dengan dunia kita.
tugas manusia juga saling ingat memperingati ke arah kebaikkan.

Tajuk yang ana bagi, sudah tentu ramai yang memahami maksudnya. tapi ramai yang terlupa untuk melakukannya. termasuk diri ana yang tersangat kerdil.

Cuba renungkan siapakah yang menciptakan kita?
siapa yang menjaga kita?
Siapa yang sentiasa berada di sisi kita?
Siapa yang sering mendengar rintihan kita?
Siapa yang membalas hajat kita?
Siapa yang membalas cinta kita?
Siapa yang menerangi kita tika kita berada di kegelapan?
Siapa yang membimbing kita tika kita tiada arah tuju?
Siapa yang mengenyangkan perut kita tika kita kelaparan?
Siapa yang menemani kita tika kita kesunyian?
Siapa yang menghiburkan kita tika kita kesedihan?
Siapa yang memberi kekayaan tika kita kemiskinan?
Siapa yang melindungi kita tika kita ketakutan?

Terlalu banyak persoalan yang boleh kita renungkan. tetapi hanya SATU jawapan yang pasti.
Masih layakkah kita untuk terus dan terus memandang ke langit????
Terlupakah kita bahawa kerdilnya diri ini???
Nikmat yang kita kecapi hari ni boleh hilang bukan sahaja sekelip mata, bahkan tak sempat hendak mengelipkan mata pun, nikmat boleh ditarik...

Ingatlah sejarah penciptaan kita. setitis air yang SANGAT HINA. masih mampukan kita untuk terus menyombongkan diri?
Ketika wahyu hendak diberikan kepada gunung, berkecai gunung itu. tetapi manusia yang sombong iaitu kita, sanggup menerima amanah itu. bayangkan, gunung pun boleh hancur. apatah lagi manusia yang sangat kecil.
Allah juga melantik kita sebagai khalifah di muka bumi sebagai tanda kepercayaan Allah kepada manusia. tapi kita lihat sekarang, bagaimana keadaan hamba-hamaba-Nya?????

Fikir2kanlah. Maafkanlah diri hamba ini jika terdapat kekhilafan dalam nukilan ini. diharap dapat ditegur... cause Nasihat is sweeetttt.....

0 comments: