BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 30, 2010

Kawan itu cermin.


Assalamualaikum...

Kali ni ana bercerita tentang kawan pulak.
Sebenarnya kawan jugak salah satu nikmat Allah.
Bayangkan kalau kita hidup kat dunia ni tanpa kawan. Bahkan Nabi Adam sendiri ditemani siti Hawa semasa di dalam syurga dulu.
Tipu jika orang kata dia boleh hidup kat dunia ni tanpa kawan. kalau bukan kawan pun, pasti ada sesuatu untuk kita meluahkan perasaan dan sebaik-baik sahabat ialah Allah.

Tapi sekarang ana bukan nak cerita pasal sahabat yang paling setia iaitu Allah.Tapi ana nak cerita pasal kawan kita kat sekeliling kita.
Setiap orang mesti ada masalah dengan kawan dia

Kalau kawan kita ada masalah dari segi akademik, kita tolong dia untuk berjaya sama kita.
Kalau kawan kita ada masalah dari segi akhlak, kita bantu dia.

Kalau kawan kita ada masalah dari segi akhlak, kita tengok diri kita dulu. kerana kawan adalah cerminan diri kita.
jika tak baik kawan kita, maka kita lebih tak baik.
begitu juga sebaliknya.

kenapa bila kawan kita dah berubah menjadi yang tak sepatutnya, kita pinggirkan dia???
kenapa kita tak hulurkan tangan kita???
dia sedang lemas dibawa arus kemodenan. kenapa kita tak jadi pelampung untuknya???
dia sedang enak diulit mimpi indah yang hanya sementara. kenapa kita tak menjadi jam loceng yang membangunkannya?????
dia sedang dalam kegelapan mencari arah. kenapa kita tak menjadi cahaya yang mempu membawanya keluar???

sedarlah. sebaik mana pun kita. jika kita biarkan kawan kita terus leka, tiada gunanya...
percayalah, tiada gunanya..

ingatlah. di akhirat nanti, kita akan ditanya tentang amanah yang telah dipikul. adakah kita sudah melakukan apa yang patut???
bergembiralah jika dapat menjawab ya. dan celakalah kita jika kita menjawab tidak.

kawan yang membuat maksiat itu, akan turut mengheret kita untuk masuk bersama2nya ke dalam neraka kelak. kerana kita tak menegurnya ketika di dunia dulu. masa tu nak menyesal tak ada gunanya..

betapa beruntungnya kita jika dapat memimpin kawan kita kearah yang benar untuk menjadi kawan yang sweeeeetttttt.......

0 comments: