BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 8, 2010

Renungkan sejenak







Assalamualaikum.

walaupun tidak pernah ana jumpai si Dia.tapi kenapa hati ini sayu bila namanya disebut.
walaupun cuma mendengar cerita tentang kehebatannya, ana berasa sungguh kagum sekali.
ana sering tertanya-tanya. dapatkah ana berjumpa dengannya.jika ana dapat melihat senyumannya, pasti hidup ini indah tidak terkata. pabila suaranya ana dengari, pasti luluh jantung ini. oh, indahnya....

baginda seorang yang sangat dicintai oleh semua umat islam.tidak lain tidak bukan,baginda ialah Rasulullah, nabi junjungan kita.

betapa hebatnya baginda, sehingga baginda boleh meluturkan kekesaran musuh dengan kata2 yang lembut dan berhikmah.
sungguh luar biase bila baginda ditawarkan dengan harta2 yang mampu membuatkan org berputih mata supaya baginda meninggalkan dakwahnya. namun baginda menolaknya mentah2. kerana baginda seorang yang amanah. baginda sedar bahawa amanah yang dipikulnya bukan sekadar alat untuk dibuat mainan. tapi suatu tugas yang sangat berat sehinggakan gunung hancur berkecai apabila tugas ini diberi; tugas sebagai khalifah.

betapa kentalnya hati baginda, apabila pipinya tertembus anak panah dalam perang uhud. namun baginda tidak pernah merintih sekali pun. kerana baginda memikirkan nasib umatnya yang akan datang. harapan baginda agar islam terus berkembang dan berkembang.

kita lihat pula zaman sekarang. umat islam sendiri mahu menghancurkan islam itu. sebagai contoh di palestin, JIRANNYA sendiri tidak mahu membantu. bahkan dibina tembok yang tinggi dan dalam supaya rakyat palestin tidak dapat masuk ke negara mereka. supaya keselamatan mereka terjamin di DUNIA. bagaimana pula di AKHIRAT??

cuba renungkan pada zaman pemerintah khalifah, wanita yang cuma hanya diganggu dengan ditertawakan sahaja, khalifah tersebut mengancam akan menghantar tentera yang sangat ramai jika tidak meminta maaf.

namun sekarang, terbalik jadinya. yang berkuasa menindas yang lemah. bahkan kes rogol sekalipun, semuanya dipantang enteng saje. 'ah, tu semua selalu terjadi.nak kisah ape' itulah selalu bermain di benak fikirang orang sekarang. kesian terhadap mangsa, keluarga mangsa, bila hak mereka, maruah mereka tidak dibela.

renung2kanlah.think about it. cause Rasulullah is sooooooo sweet.....

0 comments: