BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 11, 2011

Wahai wanita..

Jangan impikan suami sehebat Rasulullah,

Jika diri tidak seanggun Saidatina Khadijah...





Thursday, December 8, 2011

Which one?



Pada suatu pagi yang sangat indah, seorang wanita sedang membeli-belah bersama suaminya di sebuah kedai beg. Sedang dia membelek-belek, dia ternampak sebuah beg yang sangat cantik lalu membuat keputusan untuk membeli beg tersebut. Dia terus mengambil beg itu untuk dibawa ke kaunter bayaran tetapi suaminya memberhentikannya lalu berkata

"kenapa awak bawa beg ni ke kaunter bayaran?"

dia pun menjawab "la, mestilah sebab saya nak beli beg ni, nak buat apa lagi?"

Kemudian suaminya mengambil beg tersebut dari tangan isterinya dan meletakkannya di tempat asal beg tersebut lalu memanggil pekerja kedai tersebut.

"Dik, tolong ambilkan beg macam ini tapi yang baru"

Isterinya mencelah "Buat apa nak ambil yang baru bang, kan sama je rupanya macam yang ni?"

Suaminya pun menjawab "memang lah sama, tapi kan beg display ni dah banyak disentuh orang, lebih baik ambil yang baru, kan lebih bersih dan elok?"

Isterinya bersetuju dengan pendapat suaminya lalu membayar beg baru itu di kauter bayaran.

Pernahkah anda mengalami situasi begini? Di mana anda lebih memilih untuk mengambil barangan yang baru dan berbalut daripada barangan display yang sudah banyak disentuh orang lain.

Samalah juga keadaannya dengan seorang lelaki yang ingin memilih pasangan hidupnya. Dia pasti lebih memilih wanita yang terjaga dirinya dan kesuciannya daripada perempuan 'display' yang sudah banyak disentuh orang, begitu juga wanita.

Fikir-fikirkanlah dan mari bersama menilai kembali diri kita, adakah kita seperti beg display atau beg baru?.....

Monday, October 3, 2011

Berlian atau Lampu


Assalamualaikum...


Setelah lama menyepi, akhirnya terbit sebuah ilham dariNya untuk meneruskan misi ini.
Kalau kita bertanya kepada sang wanita:"Awak nak berlian ke lampu?". Sang Wanita tersebut pasti tanpa berfikir panjang menjawab BERLIAN!!!dengan penuh rasa semangat yang berkobar-kobar.

Bila difikirkan semula. mestilah orang akan lebih memilih berlian berbanding...lampu. Berlian lebih berharga dan cantik. Sedangkan lampu.Hmm...

Di sini ana membuat analogi, lampu itu ibarat cahaya.
Kita melihat berlian itu cantik. tapi kerana apa dia cantik?kerana dia bersinar2.kerana apa dia bersinar2? kerana adanya cahaya yang memantul kepadanya.

tapi ramai orang yang tidak menyedari bahawa cahaya yang berperanan besar dalam menaikkan kualiti sebutir berlian.

Kita boleh kaitkan peristiwa di atas dengan kehidupan kita. Walaupun si cahaya yang sentiasa di samping si berlian tidak dipandang.namun dia tetap tabah dalam menyinarkan diri si berlian.
Jadilah seperti cahaya yang low profile bukan seperti berlian yang high exposed dan boleh dicuri bila2 masa.

Ingatlah.Hidup ini adalah untuk berjasa kepada orang bukan untuk dijasa.
Barulah hidup ada sweeeeettttt...

Friday, June 24, 2011

TIPS-TIPS KESIHATAN!!!


Tips2 untuk mengelakkan/menghilangkan PERUT BUNCIT...

  • Minum minuman anda 10 minit sebelum atau selepas makan.
  • Elakkan makan 'berulam air' (selang selikan makanan dengan minuman).
  • Jangan baring selepas makan kerana akan mengganggu proses pencernaan.
  • Jangan makan sehingga terlalu kenyang.
  • Kunyah makanan sehingga betul2 lumat sebelum menelan dan tidak terlalu cepat menyuap makanan.
  • Amalkan minuman limau atau lemon suam selepas makan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

sebenarnya tips2 ini sudah terdapat dalam sunnah2 nabi Muhammad s.a.w ....
practise all these tips step by step and your life will be much sweeeeeeeeter!!!

Tuesday, May 31, 2011

Jangan mengubah pear menjadi epal


Assalamualaikum...

Jangan ubah pear jadi epal?buat lawak ke apa?memanglah pear tak boleh ubah jadi epal...mesti ada yg terfikir mcm tu kan??
sebenarnya pear yang dmaksudkan adalah bentuk badan kaum hawa.(minta maaf kalau ni adalah isu sensitif.)
mengubah pear kepada epal adalah merujuk kepada mengubah anggota badan.yg mana satu??
iaitu payu dara.(maaf kalau isu sensitif.)

kaum hawa zaman sekarang banyak membesarkan payu dara untuk kelihatan cantik semata-mata.
pembesaran anggota ini sebenarnya boleh meningkatkan kebarangkalian mendapat kanser payu dara.ana tahu mesti banyak yg tahu hal ni.ana sekadar mahu berkongsi shj.

satu lagi maklumat yg ingin ana kongsi ialah macam mana nak turunkan risiko mendapat kanser payu dara...
iaitu dgn menyusukan anak...
Macam mana boleh terjadi??Wallahua'lam.masih cetek ilmu..
Tapi lihatlah,Allah menyuruh ibu utk menyusukan anak bkn saje2.dah lah susah sakit pulak tu,
tp sebenarya di sebelalik kususahan itu ada sweeeeettttnya.....
(ana minta maaf sekali lagi jika post ini menyentuh sensitivti.tp ilmu yg ade haruslah dikongsi bersama.ambillah yg baik dan maafkanlah segala kekhilafan dlm nukilan ini.)

Saturday, May 7, 2011

Kasihanilah Kami...


Wahai kaum Hawa!

tidak kasihankah kau akan kami?

Sekilas senyumanmu terpandang oleh kami,
Luluh musnah benteng iman yang kami teguhi.

Lemah lembut lenggokmu walau berdiri,
Terkaku kami di penjuru sisi.

Lunak manja suaramu tika bicara,
Umpama besi panas yang membakar mangsa.

Harummu kami tercium walau sekali,
Namun bisa dibawa hingga ke alam fantasi.

Wahai kaum Hawa!
Tidak kasihankah kau akan bakal suamimu nanti?
Mendapat hak yang telah dibahagi,
kepada lelaki ajnabi.
Oh,kasihannya kami...

Thursday, March 31, 2011

Kunyah perlahan-lahan

Sekali lagi Islam membuktikan keindahannya...
Selalu kita dengar kunyah makanan 40 kali sebagai sunnah Rasulullah...
Sepertimana yang kita tau,segala yang Rasulullah lakukan ada manfaatnya.

Ini terbukti apabila seorang warga emas yang berumur 98 tahun masih elok kesihatannya.tak rabun ,tak nyanyuk. Salah satu yang dia selalu amalkan ialah kunyah perlahan-lahan.Dan beliau juga makan hanya apabila lapar.

Jadi????

Indahnya...(4 )

Assalamualaikum...

Muda-mudi zaman sekarang suka mewarnakan rambut.Katanya, inilah fesyen.Bahkan ada juga yang tua dan beruban mewarnakan rambut menjadi hitam.Sebab apa?ingin nampak muda.

Tapi semua ni ada kesan panjangnya....Apa dia????

Pewarna rambut mengandungi satu bahan yang bernama p-Phenylenediamine.
Bila kita mewarnakan rambut, bahan ini akan menyerap ke dalam kulit bahkan apabila terhidu pun akan mendatangkan BAHAYA!

Bahaya apa????

Penyakit yang dimaksudkan ialah bladder cancer....

Memang ada hukum yang mengatakan boleh mewarna rambut selain warna hitam asalkan tidak najis,tidak halang air sampai ke kulit dan tidak meMUDHARATKAN...

Bahkan ada hadis yang mengharuskan warna rambut tapi hanya..

:guna inai atau bahan yang suci

:untuk membezakan daripada orang yahudi yang tidak mahu mewarnakan rambut
(
“Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka.)

Tapi zaman sekarang berbeza sekali dengan zaman dahulu.Prinsip mewarnakan rambut pun berbeza dengan zaman dahulu..

Jadi renungkanlah dan fikir2kanlah...
Reflect yourself will give something that is really sweeeeettttt...

Tuesday, March 15, 2011

AWAS!!Mereka ada di sekeliling kita!



Assalamualaikum...

Pada zaman yang kita sangka aman ini sebenarnya lagi banyak bahayanya.Kerana 'dia' berada di sekeliling kita!

Tapi Siapa???

Siapa lagi kalau bukan musuh-musuh Allah, yahudi dan nasrani...

Apa buktinya???

Satu bukti tentang propaganda yang terlalu licik yang telah dilakukan oleh nasrani sehingga kita tak perasan...Saksikan....


Bahagian yang bersalib disembunyikan di bahagian dalam dan cuma boleh dijumpai bila kita buka keseluruhannya.Jadi???fikir2kanlah.

Yahudi juga sedang bergerak aktif dalam menyebarkan ajarannya tanpa kita sedari....
lihatlah bukti di url ini: http://www.youtube.com/watch?v=5ithlxj07eo

Sebenarnya banyak perkara yang telah terjadi di luar sana tanpa kita sedari...

Friday, March 4, 2011

struckbyurlove:  simply this.  Freedom is marching -  to the sound of guns and tanks -  without any fear


simply this.

Freedom is marching -
to the sound of guns and tanks -
without any fear

Mom, I think you’re cool for a girl x Jameelah

Mom, I think you’re cool for a girl

"Whoever says, “Astaghfirullah al-lathi laa ilaha illa huwa, al-Hayyul Qayyum wa atubu ilayh” – ‘I ask forgiveness from Allah the One whom there is no deity worthy of worship except He, the Ever-Living and Sustainer and I repent to Him’ three times, Allah would forgive his sins even if they were as much as the foam of the sea."



A niqabi superhero ???

A niqabi superhero. Sooraya Qadir (code name: Dust), possibly the first practicing Muslimah in the Marvel Comics Universe. Oftentimes Sooraya is drawn doing dhikr, giving dawah, being the moral  backbone of her team – just an ordinary person.  She’s the first modern  character that is an openly practicing Muslim. However, I believed reading comics are not a good medium to portray not even close to 1% of Islam. It’s pure economics. Wallahu’alam

A niqabi superhero.

Sooraya Qadir (code name: Dust), possibly the first practicing Muslimah in the Marvel Comics Universe.

Oftentimes Sooraya is drawn doing dhikr, giving dawah, being the moral backbone of her team – just an ordinary person. She’s the first modern character that is an openly practicing Muslim.

However, I believed reading comics are not a good medium to portray not even close to 1% of Islam. It’s pure economics. Wallahu’alam

kreativiti hujung dunia



Friday, February 18, 2011

Ada apa dengan reka bentuk bangunan?

Assalamualaikum...

Tahu siapa dajjal?tahu apa itu freemanson?
Mereka ini sebenarnya sudah berada dekat dengan kita.
Salah satu hasil rancangan mereka ialah:



Jangan ingat bila kita di malaysia, kita selamat.
Sebenarnya kita pun telah terkena propaganda Yahudi.

Kalau nak tahu lebih tentang dajjal dan bukti2nya, tontonlah The Arrival di youtube...

Tuesday, January 4, 2011

Indahnya(3)





Salam...

Ana telah mendapat satu lagi ilmu yang memberikan jawapan kepada satu teka-teki yang pernah bermain di fikiran.
Kaum hawa dengan fesyen tidak boleh dipisahkan. Cuma yang memberi beza adalah mengikut syariat atau tidak.
Kenapa kaum hawa tidak boleh memakai seluar(jeans) yang ketat???
Kenapa kaum hawa tidak boleh memakai skirt ketat/mini skirt???

Sekarang ana ada jawapan untuk persoalan2 tu yang ana nak kongsikan...
Semua itu akan memberi kesan kepada kesihatan...bagaimana???

Apabila kita memakai seluar atau skirt yang ketat, bahagian pundi akan menjadi rapat dan tiada udara dapat masuk.akhirnya akan terdapat jangkitan dan terjadilah satu penyakit(tak ingat namanya).

Kalau alasan itu tidak cukup, cuba fikirkan secara logik pula.
Senang ke nak pakai seluar yang ketat lagi sendat?
Tak sesak nafas ke?
Selesa ke?

Kalau masih tak cukup kukuh, ingatlah satu perkara:

Apa yang Allah jadikan dan aturkan untuk kita ada hikmahnya.
Semuanya baik untuk kita.Cuma kita yang suka menterbalikkan aturan tersebut dan bila sesuatu buruk terjadi, kita salahkan Dia.

Akhir kalam sunnatullah is sooooooooo sweeeeetttt....