BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

Cermin diri dengan Bermuhasabah.


Assalamualaikum...

Sebagai manusia biasa kita tak terlepas dari berbuat silap dan dosa.
Dosa yang jika kita hitungnya setiap saat, pasti lebih banyak setinggi gunung dan seluas lautan.
Namun ingatlah. Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang.
Setiap pintu taubat bagi hambanya sentiasa terbuka luas.
Pengampunan-Nya lebih luas daripada jangkauan kita.Betapa bahagianya kita jika dapat meraih pengampunan-Nya.
Dia selalu ada bagi mendengar segala SUKA,DUKA hidup kita.
Dia selalu mendengar pertolongan kita.

TAPI!!!!!!!!!
Kenapa kita masih tak sedar semua itu????
Kenapa kita masih merintih dan mengadu kepada selain-Nya?
Bahkan kita berani untuk mengadu kepada orang yang bukan sepatutnya.
Mungkin kita menganggap yang kita tidak ada sesiapa di dunia ni.
Alasan yang selalu kita ungkapkan;
'Ibu bapa sibuk.tak ada masa untuk kami.'
'Kawan2 sibuk dengan urusan masing2. kami berasa kesunyian.'

Lalu kita mengambil jalan untuk mengadu kepada yang BUKAN SEPATUTNYA.
Dengan alasan yang DIA memahami diri kita.
tetapi ingatlah.
suatu hari dia akan berpindah.samaada berpindah ke alam lain atau ke 'tempat' lain.

Apabila nasi sudah menjadi bubur, baru hendak menyesal.
Ada juga berani menyalahkan Allah.
SIAPA kita hendak melawan-Nya???
Hebat sangat ke kita ni???
Hebat dengan dosa adalah.

Ingatlah.hanya SATU yang kekal. dan DIA sangat merindui untuk mendengar rintihan hamba2nya.
Kadang2 doa kita lambat dimakbulkan. itu kerana Allah mahukan hambanya supaya teruskan merintih kepadaNya.
Apabila kita fikir kita sudah dilupai orang lain tapi ingatlah ada yang sentiasa mengingati kita dan merindui kita.
Dia sentiasa berada di sisi.

Sesungguhnya Allah memberikan 1 rahmat dari-Nya kepada kita di dunia. dan 99 yang lain disimpan untuk akhirat kelak.
Subhanallah...
Betapa kasih-Nya terhadap kita. dengan 1 rahmat sahaja pun kita sudah terima pelbagai nikmat yang melimpah-ruah.

Pernah terfikir ke kita, jika oksigen yang kita nikmati setiap saat ini mempunyai bil.
ditambah pula dengan bil cahaya matahari yang kita terima. air laut,sungai,tasik yang memberikan banyak manfaat kepada kita belum dikira lagi.
betapa kalau Allah tak melimpahkan rahmat-Nya kepada kita,dunia ni akan penuh dengan orang yang fakir. bahkan mempunyai hutang yang keliling pinggang..

Jangan pernah merasakan kita tak ada tempat mengadu kerana Allah sentiasa ada dan tidak pernah terleka.
Cinta dan rintihan kita PASTI akan terjawab.
Rasailah kemanisan berTuhan.

Cerminlah diri kita. Carilah jawapan. Dan akhirnya kita akan menemui jawapan, Allah is reallyyyyyyyyyy Sweet.........

0 comments: