Assalamualaikum w.b.t
Pada kali ini saya, hamba Allah hina dan lemah ini nak memberi sebuah peringatan buat semua termasuklah diri saya sendiri... peringatan tentang raison d'etre...
Bila saya cari di google search dan tekan pada wikipedia, maka keluarlah ayat ini pada skrin laptop saya : Raison d'être (French pronunciation: [ʁɛzɔ̃ d‿ɛːtʁ]) is a French phrase meaning "reason for existence."
Ya, saya nak ceritakan sedikit tentang TUJUAN HIDUP. Biasanya kalau ditanyakan soalan "apakah tujuan hidup kita di muka bumi ini?" kepada palajar-pelajar sekolah agama mahupun pak cik-pakcik, mak cik-mak cik, cikgu-cikgi, ustaz ustazah, muallim muallimah dan sebagainya, jawapan mereka pasti tidak akan lari jauh daripada skema jawapan seperti ini:
Tujuan hidup seorang manusia di atas muka bumi adalah:
Ingin saya beri satu analogi, rasanya analogi ni dah ramai orang gunakan tapi saya tetap nak gunakan analogi ini...
Seperti yang kita semua tahu, kerusi telah diciptakan supaya manusia boleh duduk diatasnya. Adakah penciptanya telah mencipta kerusi dahulu baru difikirkan tujuan penciptaan kerusi itu atau pencipta itu memikirkan tujuan mencipta kerusi dahulu baru mencipta kerusi itu. e.g: "Ya aku telah berjaya mencipta sebuah kerusi! hm, apa tujuan aku mencipta kerusi ni ek?"...Oh itu tidak mungkin.. pasti sang pencipta sudah mengetahui tujuan penciptaan kerusi sebelum mencipta kerusi itu kerana bagaimana dia dapat mengetahui struktur atau ciri yang diperlukan oleh sebuah kerusi tanpa mengetahui tujuan penciptaan kerusi itu! (oh, banyaknya kerusi...)
Hal ini samalah seperti manusia yang telah diciptakan di muka bumi ini. Allah telah menetapkan tujuan hidup kita barulah kita diciptakan bermula dengan Nabi Adam. Kita mempunyai anggota badan yang cukup sempurna untuk beribadah, berdoa, makan, minum dan sebagainya. Kita mempunyai akal yang berfungsi untuk memikirkan
hal-hal duniawi dan ukhrawi serta menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Semuanya cukup untuk kita melaksanakan TUJUAN HIDUP kita....
Bagaimana pula dengan orang yang tidak mahu melaksanakan tujuan hidup? Jika terdapat sebuah kerusi yang sudah patah kakinya dan langsung tidak dapat berfungsi mengikut tujuan penciptaannya, pasti tuannya akan memBUANGnya dan mengGANTIkannya dengan kerusi yang baru. Sama juga seperti kita, jika kita tidak melaksanakan tujuan hidup kita dengan sukahatinya, maka ianya tidak akan memberi apa apa kesan kepada Allah malah Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang baru yang lebih baik daripada kita yang sudah tidak berfungsi ( 'tidak berfungsi' di sini langsung tidak tertakluk kepada mereka yang kelainan upaya ) seperti yang telah Allah katakan dalam surah At-Taubah ayat 38-39:
Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.(39)" Maka, marilah kita sama-sama berusaha sedaya upaya untuk menjadi 'kerusi' yang memenuhi fungsinya kerana insyaAllah, 'kerusi-kerusi' seperti inilah yang akan mendpat keredhaanNya dan dapat menjejakkan kaki ke dalam jannahNya.....
Anda 'kerusi' yang bagaimana?
|
0 comments:
Post a Comment