BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 27, 2012

Raison d'etre

Assalamualaikum w.b.t

Pada kali ini saya, hamba Allah hina dan lemah ini nak  memberi sebuah peringatan buat semua termasuklah diri saya sendiri... peringatan tentang raison d'etre...

Bila saya cari di google search dan tekan pada wikipedia, maka keluarlah ayat ini pada skrin laptop saya : Raison d'être (French pronunciation: [ʁɛzɔ̃ d‿ɛːtʁ]) is a French phrase meaning "reason for existence." 
Ya, saya nak ceritakan sedikit tentang TUJUAN HIDUP. Biasanya kalau ditanyakan soalan "apakah tujuan hidup kita di muka bumi ini?" kepada palajar-pelajar sekolah agama mahupun pak cik-pakcik, mak cik-mak cik, cikgu-cikgi, ustaz ustazah, muallim muallimah dan sebagainya, jawapan mereka pasti tidak akan lari jauh daripada skema jawapan seperti ini: 
                 
     Tujuan hidup seorang manusia di atas muka bumi adalah:

             1. Untuk beribadah kepada Allah (Surah Az-Zaariyat: 56)
           2. Menjadi khalifah di muka bumi ini (Surah Al-Baqarah: 30)

Semememangnya jawapan mereka sangat TEPAT!! tahniah kepada yang berjaya (maaf hadiah tidak disediakan). Tetapi persoalannya, adakah kita yang sudah tahu tujuan hidup kita di bumi ini telah atau sedang melaksanakannya? Sesungguhnya saya sendiri mengakui bahawa saya masih belum melaksanakannya tujuan hidup saya dengan sebaiknya dan saya yakin ramai insan di luar sana juga bersetuju dengan pendapat saya. Adakah semua ini berlaku kerana kita tidak jelas akan tujuan hidup kita atau kita sendiri yang berdegil tidak mahu meaksanakannya? tepuk dada, tanya iman...

  Ingin saya beri satu analogi, rasanya analogi ni dah ramai orang gunakan tapi saya tetap nak gunakan analogi ini...

       Seperti yang kita semua tahu, kerusi telah diciptakan supaya manusia boleh duduk diatasnya. Adakah penciptanya telah mencipta kerusi dahulu baru difikirkan tujuan penciptaan kerusi itu atau pencipta itu memikirkan tujuan mencipta kerusi dahulu baru mencipta kerusi itu. e.g: "Ya aku telah berjaya mencipta sebuah kerusi! hm, apa tujuan aku mencipta kerusi ni ek?"...Oh itu tidak mungkin.. pasti sang pencipta sudah mengetahui tujuan penciptaan kerusi sebelum mencipta kerusi itu kerana bagaimana dia dapat mengetahui struktur atau ciri yang diperlukan oleh sebuah kerusi tanpa mengetahui tujuan penciptaan kerusi itu! (oh, banyaknya kerusi...)

  Hal ini samalah seperti manusia yang telah diciptakan di muka bumi ini. Allah telah menetapkan tujuan hidup kita barulah kita diciptakan bermula dengan Nabi Adam. Kita mempunyai anggota badan yang cukup sempurna untuk beribadah, berdoa, makan, minum dan sebagainya. Kita mempunyai akal yang berfungsi untuk memikirkan   
hal-hal duniawi dan ukhrawi serta menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Semuanya cukup untuk kita melaksanakan TUJUAN HIDUP kita....


   Bagaimana pula dengan orang yang tidak mahu melaksanakan tujuan hidup? Jika terdapat sebuah kerusi yang sudah patah kakinya dan langsung tidak dapat berfungsi mengikut tujuan penciptaannya, pasti tuannya akan memBUANGnya dan mengGANTIkannya dengan kerusi yang baru. Sama juga seperti kita, jika kita tidak melaksanakan tujuan hidup kita dengan sukahatinya, maka ianya tidak akan memberi apa apa kesan kepada Allah malah Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang baru yang lebih baik daripada kita yang sudah tidak berfungsi ( 'tidak berfungsi' di sini langsung tidak tertakluk kepada mereka yang kelainan upaya ) seperti yang telah Allah katakan dalam surah At-Taubah ayat 38-39:


     " Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal keni’matan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.(38)

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.(39)"

Maka, marilah kita sama-sama berusaha sedaya upaya untuk menjadi 'kerusi' yang memenuhi fungsinya kerana insyaAllah, 'kerusi-kerusi' seperti inilah yang akan mendpat keredhaanNya dan dapat menjejakkan kaki ke dalam jannahNya.....
 
Anda 'kerusi' yang bagaimana?

0 comments: