BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 27, 2010

Sayonara Jahilliah(2)

Assalamualaikum...

Kelibatnya membuatkan ana jadi tak tentu hala.
Dialah ketua pengawas sekolah rendah dulu.Nama dia Mahmudah bin Mujahadah. dia ni pulak jenis yang shadid.

alamak! malu kot nanti kena ceramah depan perempuan.
semakin dia dekat, semakin jantung aku berdegup kencang.
ana cuba mempersiapkan diri untuk diceramah khalayak ramai.

satu, dua, tiga...
tiba-tiba dia melintasi ana. ana cuba menoleh untuk memastikan ana tak tersilap tengok.

tapi dia memang melintasi ana dan berjalan dengan tenang seperti tak ada apa-apa yang berlaku.

dia buat tak kisah, ana lagilah.penerokaan Mid Valley yang terbantut disebabkan seseorang disambung kembali bersama dengan Nafsu.
tapi kali ni, ana berenggang sedikit dengan Nafsu. takut-takut muncul kembali tetamu yang tak diundang. takut dengan manusia tapi dengan Allah????

lewat malam baru ana pulang ke rumah. perasaan gembira meluap-luap.
selama ini hidup ana cuma hitam putih saja.baru pertama kali merasakan diri ini hidup berwarna-warni dengan kehadiran Nafsu.segala kenangan bersama dengan Nafsu terbawa-bawa hingga ke alam fantasi.

Esoknya ana pergi ke sekolah seperti biasa, tanpa tujuan hidup.waktu rehat pertama, ana berjalan bersama jahilliah menuju ke tempat yang boleh mengenyangkan perut, kantin.

tengah seronok bercerita dengan bangganya tentang peristiwa semalam. ana ternampak kelibat seseorang iaitu Mahmudah. tiba-tiba ana jadi kelu. mata ana bagai digam kukuh.tidak berkedip. tiba-tiba ana nampak dia tersenyum kearah ana.
ana jadi pelik. betul ke dia tak nampak apa-apa semalam. walaupun macam-macam persoalan tapi yang penting isi dulu perut yang tengah berkeroncong ni.
belajar, belajar dan belajar...

kini tiba waktu solat. selepas selesai ambil wudhu', ana duduk barisan ke tiga sambil menunggu azan dikumandangkan. tengah melayan perasaan, ana rasa ada seseorang duduk di sebelah ana. tanpa mengambil tahu siapakah orangnya. ana meneruskan melayan perasaan.

selesai menunaikan solat 4 rakaat yang tak berapa khusyu', baru je kaki ana nak melangkah pergi, bahu ana tiba-tiba ditepuk dari belakang.
ana berpaling. wajah ana yang pada mulanya berkerut menahan marah, tiba-tiba berubah menjadi riak terkejut. Mahmudah! apa pulak yang nak dia cakap ni.
jantung mengepam darah dengan laju menyebabkan degupan jantung berdegup kencang.

dia bersuara. "Assalamualaikum akh.dah lama tak jumpa. biasalah orang 'sibuklah' katakan.ada satu hari tu kan, ana pergi Mid Valley.tiba-tiba ana terserempak dengan orang yang mukanya sebijik macam anta.mula-mula ingatkan nak tegur.tapi terus tak jadi sebab ana tengok dia tengah couple.siap pegang tangan lagi. ana fikir tu mesti pelanduk dua seupa sebab ana yakin anta takkan buat macam tu kan?? Ana yakin anta baik."

Ya Allah. ana rasa jantung ana macam dipanah petir.bahkan lebih pedih dari tu.sampai macam tu sekali dia menganggap diri ana yang telah menghinakan diri sendiri ni. ana tertunduk.kelu lidah untuk berkata-kata.

tiba-tiba dia memeluk ana. kehangatan ukhuwah terus mengalir dalam diri ana sehingga membuka mata hati ana yang slama ni membutakan diri membuat kejahilan.
mata ana yang selama ini kering dengan air hasil muhasabah diri telah dibasahi dengan air terbit dari hati yang insaf.hanya dengan beberapa ayat, kejahilan ana tewas juga.

secara jujur,selama ana berkawan dengan Jahilliah, ana langsung tak pernah merasa tenang walaupun bermacam-macam keseronokkan yang dia perkenalkan. tapi dengan satu pelukan dari Mahmudah menghilangkan segala resah.ana tahu dia ikhlas dalam menegur ana.

setelah sekian lama ana berkawan dengan Mahmudah.Jahilliah semakin dilupakan ana.
namun panas disangka sampai ke petang, hujan turun di tengah hari. Jahilliah cemburu terhadap pesahabatan ana dengan Mahmudah.dia berani untuk menyebar fitnah.namun semua itu berjaya ditangkis dengan pertolongan Mahmudah.

kejadian itu membuatkan ana merasa lebih benci terhadap Jahilliah.ana mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

tetapi kehidupan ana tak berakhir di situ.Jahilliah tetap mengganggu ana.Namun semua itu tak diendahkan.akhirnya dia berasa jemu. dia cuba mencari mangsa lain. Ana dan Mahmudah akan berjuang untuk mempertahankan orang lain agar sejarah hidup ana tak berulang kepada orang lain.
Sayonara jahilliah.....


0 comments: