BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 14, 2010

Sayonara Jahilliah[1]


Assalamualaikum...

Nama ana Qalbu Bin Hati. Ana mandapat pendidikan di Sekolah Menengah Al-Jismu dan sekarang ana Tingkatan 3. Arrrggghhh....

Macam2 tekanan yang ana hadapi.PMR pulak dah dekat. Kebetulan ana ada kawan yang best. Nama die Jahilliah. Die ni memang sporting, sempoi.

Satu hari, ana dengar die cakap b**o*. Ana tertanye2. Apa maksud perkataan tu?? Macam best jer.Jadi atas dasar ukhuwah, ana pun ikut jer lah apa yang dia cakap tu.

Lepas tu, die ajak buat facebook,myspace,friendster dan macam2 lagi. siap berbaik hati nak ajar ana. Ana serahkan seluruh kepercayaan ana kepada die supaya buatkan ana punyer laman sosial tu. Tak lama lepas tu, Jahilliah bagi password untuk ana punyer laman sosial tu. wah tangkas betollah die ni. syok oooo....

first time ana bukak, ana macam rusa masuk kambinglah pulak. berjam2 lah jugak ana depan komputer cume nak login. hai buta IT rupenyer...

tapi lame2 lepas tu, ana dah ada ramai kawan yang ana add.mule2 lelaki jer. lepas tu, berkat dorongan Jahilliah, ana adalah sorang due kawan perempuan. ana telah membuang banyak mase kat depan komputer.. ada pernah satu hari tu, ana TERtinggal solat maghrib sebab layan sorang nie. sebab tak nak kecewakan dielah katekan. tapi kecewakan Allah boleh pulak...Ishh3

Satu hari, ana terlihat pasangan kekasih sedang duduk berdua-duaan di suatu tempat.sedang melayan asmara dana. tiba-tiba timbul keinginan ana nakkan 'PASANGAN HIDUP' .

Ana pun dengan pantasnya meminta padangan Jahilliah.die pun setuju dengan keinginan ana. die jugak cakap yang ana dah sampai seru nak berpasangan ni.
die pun bagi no sorang awek yang katanya cun..
.
ana mule2 takut jugak nak buat benda2 ni. tapi berkat ketipisan iman, ana berjaya melakukan kerja nie iaitu menghantar sms. nama awek tu Nafsu Bt Maksiat.tak sampai seminggu salam perkenalan antara kami, awek tu ajak keluar ataupun DATING.

Malam sebelum hari perdatingan kami, ana rase berdebar2 yang teramat sangat.tapi ditenangkan dengan perkara2 manis yang bakal berlaku esok..

mase yang ditunggu pun tibe. kami membuat temu janji di Mid Valley. situlah port paling ramai couple bermaksiat.





sedang menunggu Nafsu, ana ditepuk dari belakang. ana pusing dan betapa terkejutnya ana melihat seorang perempuan yang bert-shirt pink berlengan pendek. seluar jeans ketat tahap sendat. rambut panjang mengurai mengalahkan Pontianak harum sundal malam.wangiannya pulak menusuk hidung sehingga membuatkan ana terangkat...

kami pun berjalan2. pada mulanya kami berjalan pada jarak 1 batu. lama kelamaan, ana merasa sesuatu yang tidak menyelesakan. ana toleh ke kanan dan terlihat Nafsu. sejak bila pulak dia ada dekat. ah, biarlah.

tak lama lepas tu, ana rasa tapak tangan ana berasa hangat.
ana lihat tangan ana, betapa terkejutnya ana. tangan mulus Nafsu dah menggenggam tangan ana. muka ana dah merah. jantung bagai mahu meletup.

tapi semua itu berhenti apabila ana melihat kelibat seseorang. seseorang yang akan menyebabkan ana mendapat malu besar..

nantikan episod kedua... Insyaallah...

0 comments: