BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 4, 2010

Istimewa ke????



Assalamualaikum...

Apa yang istimewa bila kita ada 'teman istimewa'?
Dapat berbangga dengannya itu dikira istimewa?
Dapat mencurahkan segala2nya kepada Dia dikira istimewa?
Atau mengikut trend zaman sekarang itu yang dianggap istimewa?

Fikir2kanlah semula kenapa kita bercouple?
Adakah kerana mengikut orang lain?
Kerana rupa?
Kaya?
Atau kita berbangga kerana ada yang sudi berkenalan dengan kita?

Dimanakah keistimewaannya??
Ana langsung tak nampak.

Adakah kita dapat berbangga jika manusia men'cintai' kita tapi Allah memurkai kita?
Adakah itu lebih kita rela?
Sejauh manakah cinta sesama manusia boleh bertahan?

Walau kita setia sekalipun, kita pasti dipisahkan oleh maut yang telah ditentukan Allah.
Walau sekuat manapun cinta kita terhadap si Dia, pasti dapat digoyahkan dengan harta duniawi.
Semua ini terjadi kerana cinta kita tak dapat redha Allah.
Semuanya hanya berlandaskan nafsu.
Menutup rapat mata hati.
Menyebabkan semua yang dibuat nampak halal dan benar.

Renungkanlah supaya kita menjadi manusia yang berakal.
Men who love Allah are very sweetttttt.......

0 comments: