We..as human, can't live alone in this world..so we have our family....tell them that we love them before its too late....
there is a story...one day, a man just lost his wife.at the funeral, he cried. He says to his brother,"I loved her."His brother said,"yes, i understand."
And he's crying,"no, no, i really loved her,"and his brother says,"i understand".
Then the man says,"no, i really loved her, and i almost told her once."
think about it....spread your love(the right way)...before you regret it..
Saturday, July 17, 2010
LOVE
Posted by ♥the hackers Gen12 ♥ at 7:39 AM 0 comments
The wheel of life....
Life is like a wheel...it goes round and round..
when you are on 'the wheel', sometimes you are at the top...and sometimes you are at the bottom..
So, when you are at the top, don't look down on people at the bottom...cuz one day it will turn around and you will be at the bottom..
And when you are at the bottom, don't be dissapointed and give up..continue your journey..cuz there will be a day where you are at the top...
Life always has its up and down...whats important is how we deal with it...in our journey to our Creator....
Posted by ♥the hackers Gen12 ♥ at 7:27 AM 0 comments
Tuesday, June 22, 2010
♥ buat insan bergelar SAHABAT ♥
Nilai persahabatan terlalu agung untuk disingkirkan dalam hidup manusia.
Sahabat, dalam tawa ada DUKA,
Dalam cemburu ada KASIH,
Dan dalam benci terselit sayang yang ABADI..
Keindahan dalam persahabatan sulit untuk digambarkan walau kadang terjadi seketika tangis dan tawa :)
Kerana,
Tidak semua insan pernah merasa manisnya UKHUWAH dan juga erti UKHUWAH…
Salam ukhuwah dariku Dunia&Akhirat :)♥
Posted by ♥the hackers Gen12 ♥ at 4:55 AM 0 comments
Friday, June 18, 2010
1 insan...
Assalamualaikum...
penat nak tulis panjang2.kali ni ana nak tulis puisi pulak.khas untuk insan yang bergelar teman.
Teman,
Tika ku dalam kedukaan,
Kau datang membawa keceriaan,
Tika ku dalam ketakutan,
Kau datang memberi pelindungan,
Namun kini kau cuma kenangan,
Yang sentiasa bermain di fikiran,
Membuat ku sesak tak keruan,
Semakin jauh kau dari penglihatan,
Semakin menebal suatu perasaan,
Ingin membongkar segala persoalan,
Namun,
Cuma kau yang memiliki kuncinya,
Bagi membuka peti jawapan,
Bagi menjawab segala kekeliruan,
Tapi kau enggan,
Kunci yang kau ada kau simpan,
Mahu berkongsi takkan kesampaian,
Walaupun aku adalah teman....
Posted by ♥the hackers Gen12 ♥ at 12:30 AM 0 comments
Friday, June 4, 2010
Istimewa ke????
Assalamualaikum...
Apa yang istimewa bila kita ada 'teman istimewa'?
Dapat berbangga dengannya itu dikira istimewa?
Dapat mencurahkan segala2nya kepada Dia dikira istimewa?
Atau mengikut trend zaman sekarang itu yang dianggap istimewa?
Fikir2kanlah semula kenapa kita bercouple?
Adakah kerana mengikut orang lain?
Kerana rupa?
Kaya?
Atau kita berbangga kerana ada yang sudi berkenalan dengan kita?
Dimanakah keistimewaannya??
Ana langsung tak nampak.
Adakah kita dapat berbangga jika manusia men'cintai' kita tapi Allah memurkai kita?
Adakah itu lebih kita rela?
Sejauh manakah cinta sesama manusia boleh bertahan?
Walau kita setia sekalipun, kita pasti dipisahkan oleh maut yang telah ditentukan Allah.
Walau sekuat manapun cinta kita terhadap si Dia, pasti dapat digoyahkan dengan harta duniawi.
Semua ini terjadi kerana cinta kita tak dapat redha Allah.
Semuanya hanya berlandaskan nafsu.
Menutup rapat mata hati.
Menyebabkan semua yang dibuat nampak halal dan benar.
Renungkanlah supaya kita menjadi manusia yang berakal.
Men who love Allah are very sweetttttt.......
Posted by ♥the hackers Gen12 ♥ at 9:37 PM 0 comments
Sunday, May 30, 2010
Ada ke??

Assalamualaikum...
Ada ke?Apa yang ada?
Sebenarnya satu hari,seorang hamba Allah bagi tazkirah.Dia cakap yang couple ni ade dua: couple suke2 dengan couple untuk berdakwah.
yang first tu(couple suke2) tu confirm lah haram dan tak boleh.
yang ana konfius kenyataan yang nombor due(couple utk berdakwah).
sebenarnya ade ke istilah couple untuk berdakwah?
Ana yakin sekali tak ade.yang ade pun cume untuk orang yang cube mengHALALkannya atas nama dakwah.
Kononnya kita sedaya upaya menjaga hubungan kita dengan si dia supaya tak melanggar syariat Allah seperti sentiasa memperingati(bagi tazkirah).
walaupun kita sudah berjaya menghalangi zina tangan,mata,telinga.
tapi ade satu lagi zina yang tak dapat dilepasi iaitu zina hati.
kadang-kadang kita akan teringatkan dia walaupun ketika solat.
ini ke yang boleh dikatakan hubungan berpandukan syariat Allah?
walau kita cuba sedaya upaya untuk melupakan si dia,pasti tak dapat sebab kita selalu menghubunginya.
Sebenarnya boleh ke kita couple?
Jawapan ana adalah sudah tentu boleh.
Tapi hanya setelah berkahwin kerana betapa manisnya hubungan itu apabilah sudah menjadi halal.
Ada ke patut kita menggunakan nama agama untuk menghalalkan apa yang haram?
memang kiamat semakin dekat..
Jadi fikir2kanlah supaya terhindar menjadi orang yang memusing2kan hukum yang telah Allah tetapkan.
Posted by ♥the hackers Gen12 ♥ at 6:18 AM 0 comments
Thursday, May 27, 2010
Sayonara Jahilliah(2)
Assalamualaikum...
Kelibatnya membuatkan ana jadi tak tentu hala.
Dialah ketua pengawas sekolah rendah dulu.Nama dia Mahmudah bin Mujahadah. dia ni pulak jenis yang shadid.
alamak! malu kot nanti kena ceramah depan perempuan.
semakin dia dekat, semakin jantung aku berdegup kencang.
ana cuba mempersiapkan diri untuk diceramah khalayak ramai.
satu, dua, tiga...
tiba-tiba dia melintasi ana. ana cuba menoleh untuk memastikan ana tak tersilap tengok.
tapi dia memang melintasi ana dan berjalan dengan tenang seperti tak ada apa-apa yang berlaku.
dia buat tak kisah, ana lagilah.penerokaan Mid Valley yang terbantut disebabkan seseorang disambung kembali bersama dengan Nafsu.
tapi kali ni, ana berenggang sedikit dengan Nafsu. takut-takut muncul kembali tetamu yang tak diundang. takut dengan manusia tapi dengan Allah????
lewat malam baru ana pulang ke rumah. perasaan gembira meluap-luap.
selama ini hidup ana cuma hitam putih saja.baru pertama kali merasakan diri ini hidup berwarna-warni dengan kehadiran Nafsu.segala kenangan bersama dengan Nafsu terbawa-bawa hingga ke alam fantasi.
Esoknya ana pergi ke sekolah seperti biasa, tanpa tujuan hidup.waktu rehat pertama, ana berjalan bersama jahilliah menuju ke tempat yang boleh mengenyangkan perut, kantin.
tengah seronok bercerita dengan bangganya tentang peristiwa semalam. ana ternampak kelibat seseorang iaitu Mahmudah. tiba-tiba ana jadi kelu. mata ana bagai digam kukuh.tidak berkedip. tiba-tiba ana nampak dia tersenyum kearah ana.
ana jadi pelik. betul ke dia tak nampak apa-apa semalam. walaupun macam-macam persoalan tapi yang penting isi dulu perut yang tengah berkeroncong ni.
belajar, belajar dan belajar...
kini tiba waktu solat. selepas selesai ambil wudhu', ana duduk barisan ke tiga sambil menunggu azan dikumandangkan. tengah melayan perasaan, ana rasa ada seseorang duduk di sebelah ana. tanpa mengambil tahu siapakah orangnya. ana meneruskan melayan perasaan.
selesai menunaikan solat 4 rakaat yang tak berapa khusyu', baru je kaki ana nak melangkah pergi, bahu ana tiba-tiba ditepuk dari belakang.
ana berpaling. wajah ana yang pada mulanya berkerut menahan marah, tiba-tiba berubah menjadi riak terkejut. Mahmudah! apa pulak yang nak dia cakap ni.
jantung mengepam darah dengan laju menyebabkan degupan jantung berdegup kencang.
dia bersuara. "Assalamualaikum akh.dah lama tak jumpa. biasalah orang 'sibuklah' katakan.ada satu hari tu kan, ana pergi Mid Valley.tiba-tiba ana terserempak dengan orang yang mukanya sebijik macam anta.mula-mula ingatkan nak tegur.tapi terus tak jadi sebab ana tengok dia tengah couple.siap pegang tangan lagi. ana fikir tu mesti pelanduk dua seupa sebab ana yakin anta takkan buat macam tu kan?? Ana yakin anta baik."
Ya Allah. ana rasa jantung ana macam dipanah petir.bahkan lebih pedih dari tu.sampai macam tu sekali dia menganggap diri ana yang telah menghinakan diri sendiri ni. ana tertunduk.kelu lidah untuk berkata-kata.
tiba-tiba dia memeluk ana. kehangatan ukhuwah terus mengalir dalam diri ana sehingga membuka mata hati ana yang slama ni membutakan diri membuat kejahilan.
mata ana yang selama ini kering dengan air hasil muhasabah diri telah dibasahi dengan air terbit dari hati yang insaf.hanya dengan beberapa ayat, kejahilan ana tewas juga.
secara jujur,selama ana berkawan dengan Jahilliah, ana langsung tak pernah merasa tenang walaupun bermacam-macam keseronokkan yang dia perkenalkan. tapi dengan satu pelukan dari Mahmudah menghilangkan segala resah.ana tahu dia ikhlas dalam menegur ana.
setelah sekian lama ana berkawan dengan Mahmudah.Jahilliah semakin dilupakan ana.
namun panas disangka sampai ke petang, hujan turun di tengah hari. Jahilliah cemburu terhadap pesahabatan ana dengan Mahmudah.dia berani untuk menyebar fitnah.namun semua itu berjaya ditangkis dengan pertolongan Mahmudah.
kejadian itu membuatkan ana merasa lebih benci terhadap Jahilliah.ana mengambil keputusan untuk meninggalkannya.
tetapi kehidupan ana tak berakhir di situ.Jahilliah tetap mengganggu ana.Namun semua itu tak diendahkan.akhirnya dia berasa jemu. dia cuba mencari mangsa lain. Ana dan Mahmudah akan berjuang untuk mempertahankan orang lain agar sejarah hidup ana tak berulang kepada orang lain.
Sayonara jahilliah.....
Posted by ♥the hackers Gen12 ♥ at 7:30 AM 0 comments