BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, February 4, 2012

Kebenaran atau Kesempatan?


Bismillah...


Pada zaman yang serba moden ni, susah kita nak jumpa dengan golangan muda mudi untuk 'menyukai' para ulama' atau golongan ustaz.kerana kata mereka 'tak open minded, tak maju, terkongkong dan sebagainya.'

Tapi sejak kebelakangan ni, akhirnya ada seorang ustaz yang diterima umum terutama golongan muda-mudi iaitu Ustaz Azhar Idrus aka UAI.

Ceramah2 UAI lebih cenderung kepada ilmu feqh. daripada kes kecil sampailah kes besar. Apa yang disampaikannya memang membuka minda terhadap masalah2 feqh yang sering berlaku.
Tetapi baru2 ni, terjadi fenomena yang luar biasa yang mana golongan muda telah menerima sepenuhnya apa yang disampaikan oleh UAI terutama golongan wanita. Apa agak2nya?

Bila disentuh tentang wanita, tak lain tak bukan bab aurat. Baru2 ni UAI mengeluarkan kenyataan bahawa wanita sebenarnya tak wajib pakai tudung tapi wajib TUTUP AURAT.
Jd selepas keluarnya kenyataan itu, maka ramailah kaum hawa yang menggunakan statement itu untuk mengelakkan diri daripada 'bertudung'.

memang betullah Allah menyuruh hamba2nya untuk menutup aurat bukan memakai tudung sahaja. Hadis Rasulullah juga ada menyatakan bhw anggota aurat bg perempuan adlh semua kecuali tngn dan muka.

Disebabkan zaman sekarang yg berbagai fesyen, maka ramailah kaum hawa yang memakai 'sesuatu' yang boleh 'menutup aurat'. Tp fokus utk kes skrg ialah isu tudung.

Alah pakailah selendang yang lilit2.tutup aurat pe...
Alah pakailah tudung endon.labuh pe....
Alah pakailah tudung topi ngan baju turtleneck. tak nampak kulit pe...

memang semua yg di atas tidak menampakkan sebarang kulit ttp menonjolkan auratnya...
Aurat bukannlah hanya menampakkan kulit tetapi menampakkan sesuatu yang menarik perhatian dan mengundang syahwat.

1.Bg kes tudung berlilit, walaupun labuh dn menutup bhgian dada, tetapi ianya menampakkan lekuk bentuk kepala dan bentuk telinga.

2.Tudung endon skrg cukup popular dlm klgn rakyat Malaysia. Ramai yg beranggapan bhw tudung endon dah boleh tutup aurat sebab labuh.Mmg ianya labuh, tp tudung tersebut juga dpt menampakkan lekuk di bhgian dada. ttp tak semua tudung endon begitu.ada juga yang tidak menampakknya. Cuma kita yang perlu bijak dalam memilihnya. Allah telah mengurniakan nikmat akal bukan?

3.Tudung topi dengan baju turtleneck.Kes ni sama dgn kes tudung lilit. Mmg kulit langsung tak nmpk. tp macmmana dgn bentuk leher, cuping telinga dan bentuk2 anggota yg lain?

Sbnrnya agama Islam itu tidak menyusahkan.ttp kita yg menyusahkan diri kita sendiri. Allah hanya menyuruh kita untuk menutup aurat. Allah tidak menspesifikkan apa yg perlu dipakai.Allah cuma menyuruh kita memakai pakaian yang labuh dan tidak jarang agar tak nampak bentuk dan kulit badan.

Untuk siapa Allah buat undang2 ni? untuk hamba2NYa yg sgt dikasihi. kalau kita ikut undang2NYa, nescaya pelbagai masalah dpt diatasi terutama kes rogol.
Akhir sekali jgnlah kita menjadi org yg mengambil kesempatan atas kebenaran kerna itu sama seperti memainkan hukum Allah.Na'uzubillahiminzalik.

Do u know what?All His law are veryyyyyyy swwwweeeeetttt to us....

Sunday, January 29, 2012

Wednesday, January 25, 2012

..........


Saya pernah terdengar soalan ini ;

Kalau nak ambil buah yang tengah masak dekat atas pokok guna alat apa?

Saya jawab ;

Mestilah guna galah (atau alat moden yang sewaktu dengannya).

Kemudian orang tersebut bertanya lagi;

Bila dah dapat buah, anda nak makan buah ke galah?

Saya terus membalas ;

Mestilah makan buah, buat apa nak makan galah (sihat ke tak orang ni?)

Kemudian, orang tersebut menjelaskan tentang soalan yang (agak tak masuk akal) ditanya sebentar tadi (p/s: saya cuma menulis balik apa yang dia cakap dalam 'bahasa' saya);

Okey la, cuba bayangkan galah tu sebagai keperluan hidup dan buah itu adalah tujuan hidup kita. Jika kita ingin mencapai tujuan hidup, kita mestilah memenuhi keperluan hidup juga kan?

Saya berikan contoh; apabila kita mengait buah menggunakan galah. Kita tidak akan mendapat buah jika tidak mempunyai galah serta kita semestinya tidak akan makan galah jika tidak dapat mengait buah.

Begitulah keadaannya jika kita ingin beribadah kepada Allah, kita perlu makan, mendapatkan pakaian dan sebagainya sebelum beribadah kepada Allah. Jika kita tidak makan serta tidak mempunyai pakaian yang menutup aurat, maka kita tidak akan dapat beribadah kepada Allah. Pada masa yang sama jika kita tidak beribadah kepada Allah, apa gunanya kita makan serta memakai pakaian yang menutup aurat?

Walau bagaimanapun, terdapat ramai juga orang yang berbuat demikian (iaitu makan galah apabila tidak dapat mengait buah). Terdapat ramai orang yang bersungguh-sungguh memenuhi keperluan hidup mereka, apabila mereka berjaya, mereka tidak menuju kepada tujuan hidup mereka, malah kembali memburu keperluan hidupnya semula. Samalah seperti orang yang ingin mengumpul harta sebanyak yang mungkin. Apabila hartanya sudah banyak, dia akan membelanjakan harta tersebut. Kemudian, bila hartanya sudah habis, dia akan kembali mencari harta semula dan seterusnya mengulang kembali putaran hidupnya sehingga sampai ke titik penghujung yang dia tidak
sedar akan ketibaannya.

Seharusnya, seorang muslim perlu mengetahui keperluan dan tujuan hidupnya yang sebenar supaya hayatnya tidak akan disia-siakan. Sememangnya tidak salah bagi seorang muslim untuk mengumpul harta yang banyak dan mempunyai anak yang ramai, tetapi perlu diingatkan akan tujuan sebenar pengumpulan harta dan anak yang ramai itu. Sesungguhnya telah dinyatakan dengan jelas tujuan manusia memenuhi keperluan hidup dalam surah Ad-Dzariyat ayat 56:


"Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku"


Oleh itu, marilah kita mencari 'galah' dalam hidup kita supaya dapat mengait 'buah' yang sebenar!

Sunday, December 11, 2011

Wahai wanita..

Jangan impikan suami sehebat Rasulullah,

Jika diri tidak seanggun Saidatina Khadijah...





Thursday, December 8, 2011

Which one?



Pada suatu pagi yang sangat indah, seorang wanita sedang membeli-belah bersama suaminya di sebuah kedai beg. Sedang dia membelek-belek, dia ternampak sebuah beg yang sangat cantik lalu membuat keputusan untuk membeli beg tersebut. Dia terus mengambil beg itu untuk dibawa ke kaunter bayaran tetapi suaminya memberhentikannya lalu berkata

"kenapa awak bawa beg ni ke kaunter bayaran?"

dia pun menjawab "la, mestilah sebab saya nak beli beg ni, nak buat apa lagi?"

Kemudian suaminya mengambil beg tersebut dari tangan isterinya dan meletakkannya di tempat asal beg tersebut lalu memanggil pekerja kedai tersebut.

"Dik, tolong ambilkan beg macam ini tapi yang baru"

Isterinya mencelah "Buat apa nak ambil yang baru bang, kan sama je rupanya macam yang ni?"

Suaminya pun menjawab "memang lah sama, tapi kan beg display ni dah banyak disentuh orang, lebih baik ambil yang baru, kan lebih bersih dan elok?"

Isterinya bersetuju dengan pendapat suaminya lalu membayar beg baru itu di kauter bayaran.

Pernahkah anda mengalami situasi begini? Di mana anda lebih memilih untuk mengambil barangan yang baru dan berbalut daripada barangan display yang sudah banyak disentuh orang lain.

Samalah juga keadaannya dengan seorang lelaki yang ingin memilih pasangan hidupnya. Dia pasti lebih memilih wanita yang terjaga dirinya dan kesuciannya daripada perempuan 'display' yang sudah banyak disentuh orang, begitu juga wanita.

Fikir-fikirkanlah dan mari bersama menilai kembali diri kita, adakah kita seperti beg display atau beg baru?.....

Monday, October 3, 2011

Berlian atau Lampu


Assalamualaikum...


Setelah lama menyepi, akhirnya terbit sebuah ilham dariNya untuk meneruskan misi ini.
Kalau kita bertanya kepada sang wanita:"Awak nak berlian ke lampu?". Sang Wanita tersebut pasti tanpa berfikir panjang menjawab BERLIAN!!!dengan penuh rasa semangat yang berkobar-kobar.

Bila difikirkan semula. mestilah orang akan lebih memilih berlian berbanding...lampu. Berlian lebih berharga dan cantik. Sedangkan lampu.Hmm...

Di sini ana membuat analogi, lampu itu ibarat cahaya.
Kita melihat berlian itu cantik. tapi kerana apa dia cantik?kerana dia bersinar2.kerana apa dia bersinar2? kerana adanya cahaya yang memantul kepadanya.

tapi ramai orang yang tidak menyedari bahawa cahaya yang berperanan besar dalam menaikkan kualiti sebutir berlian.

Kita boleh kaitkan peristiwa di atas dengan kehidupan kita. Walaupun si cahaya yang sentiasa di samping si berlian tidak dipandang.namun dia tetap tabah dalam menyinarkan diri si berlian.
Jadilah seperti cahaya yang low profile bukan seperti berlian yang high exposed dan boleh dicuri bila2 masa.

Ingatlah.Hidup ini adalah untuk berjasa kepada orang bukan untuk dijasa.
Barulah hidup ada sweeeeettttt...

Friday, June 24, 2011

TIPS-TIPS KESIHATAN!!!


Tips2 untuk mengelakkan/menghilangkan PERUT BUNCIT...

  • Minum minuman anda 10 minit sebelum atau selepas makan.
  • Elakkan makan 'berulam air' (selang selikan makanan dengan minuman).
  • Jangan baring selepas makan kerana akan mengganggu proses pencernaan.
  • Jangan makan sehingga terlalu kenyang.
  • Kunyah makanan sehingga betul2 lumat sebelum menelan dan tidak terlalu cepat menyuap makanan.
  • Amalkan minuman limau atau lemon suam selepas makan.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 15 minit sehari.

sebenarnya tips2 ini sudah terdapat dalam sunnah2 nabi Muhammad s.a.w ....
practise all these tips step by step and your life will be much sweeeeeeeeter!!!