BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 4, 2012

Kebenaran atau Kesempatan?


Bismillah...


Pada zaman yang serba moden ni, susah kita nak jumpa dengan golangan muda mudi untuk 'menyukai' para ulama' atau golongan ustaz.kerana kata mereka 'tak open minded, tak maju, terkongkong dan sebagainya.'

Tapi sejak kebelakangan ni, akhirnya ada seorang ustaz yang diterima umum terutama golongan muda-mudi iaitu Ustaz Azhar Idrus aka UAI.

Ceramah2 UAI lebih cenderung kepada ilmu feqh. daripada kes kecil sampailah kes besar. Apa yang disampaikannya memang membuka minda terhadap masalah2 feqh yang sering berlaku.
Tetapi baru2 ni, terjadi fenomena yang luar biasa yang mana golongan muda telah menerima sepenuhnya apa yang disampaikan oleh UAI terutama golongan wanita. Apa agak2nya?

Bila disentuh tentang wanita, tak lain tak bukan bab aurat. Baru2 ni UAI mengeluarkan kenyataan bahawa wanita sebenarnya tak wajib pakai tudung tapi wajib TUTUP AURAT.
Jd selepas keluarnya kenyataan itu, maka ramailah kaum hawa yang menggunakan statement itu untuk mengelakkan diri daripada 'bertudung'.

memang betullah Allah menyuruh hamba2nya untuk menutup aurat bukan memakai tudung sahaja. Hadis Rasulullah juga ada menyatakan bhw anggota aurat bg perempuan adlh semua kecuali tngn dan muka.

Disebabkan zaman sekarang yg berbagai fesyen, maka ramailah kaum hawa yang memakai 'sesuatu' yang boleh 'menutup aurat'. Tp fokus utk kes skrg ialah isu tudung.

Alah pakailah selendang yang lilit2.tutup aurat pe...
Alah pakailah tudung endon.labuh pe....
Alah pakailah tudung topi ngan baju turtleneck. tak nampak kulit pe...

memang semua yg di atas tidak menampakkan sebarang kulit ttp menonjolkan auratnya...
Aurat bukannlah hanya menampakkan kulit tetapi menampakkan sesuatu yang menarik perhatian dan mengundang syahwat.

1.Bg kes tudung berlilit, walaupun labuh dn menutup bhgian dada, tetapi ianya menampakkan lekuk bentuk kepala dan bentuk telinga.

2.Tudung endon skrg cukup popular dlm klgn rakyat Malaysia. Ramai yg beranggapan bhw tudung endon dah boleh tutup aurat sebab labuh.Mmg ianya labuh, tp tudung tersebut juga dpt menampakkan lekuk di bhgian dada. ttp tak semua tudung endon begitu.ada juga yang tidak menampakknya. Cuma kita yang perlu bijak dalam memilihnya. Allah telah mengurniakan nikmat akal bukan?

3.Tudung topi dengan baju turtleneck.Kes ni sama dgn kes tudung lilit. Mmg kulit langsung tak nmpk. tp macmmana dgn bentuk leher, cuping telinga dan bentuk2 anggota yg lain?

Sbnrnya agama Islam itu tidak menyusahkan.ttp kita yg menyusahkan diri kita sendiri. Allah hanya menyuruh kita untuk menutup aurat. Allah tidak menspesifikkan apa yg perlu dipakai.Allah cuma menyuruh kita memakai pakaian yang labuh dan tidak jarang agar tak nampak bentuk dan kulit badan.

Untuk siapa Allah buat undang2 ni? untuk hamba2NYa yg sgt dikasihi. kalau kita ikut undang2NYa, nescaya pelbagai masalah dpt diatasi terutama kes rogol.
Akhir sekali jgnlah kita menjadi org yg mengambil kesempatan atas kebenaran kerna itu sama seperti memainkan hukum Allah.Na'uzubillahiminzalik.

Do u know what?All His law are veryyyyyyy swwwweeeeetttt to us....

0 comments: