BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 6, 2012

I Love You!!


Huhuhu..... Anda mesti tertanya-tanya kepada siapa ungkapan ini ditujukan...Sesungguhnya, ungkapan cinta ini ditujukan kepada Rasulullah s.a.w tercinta.

Sangat mudah kan untuk kita mengungkapkan rasa sayang dan cinta kepada baginda? Mengalunkan nasyid-nasyid dan mengangkat sepanduk serta kain rentang ketika hari lahir baginda?

Tetapi, adakan sama mudahnya bagi kita untuk melaksanakan sunnah-sunnahnya? Persoalan ini ditujukan kepada semua dan tidak lupa kepada diri saya yang juga sering terleka.

Apakah makna sebenar menyambut hari lahir Rasulullah s.a.w? (banyak pula persoalan saya..) Ramai rakyat Malaysia menganggap bahawa menyambut hari lahir baginda adalah dengan membawa sepanduk serta kain rentang dan berarak ke sana sini.


Sememangnya saya tidak lah punyai banyak ilmu untuk menentapkan hukum kepada perbuatan mereka itu, tetapi tidakkah kita terfikir apa faedahnya kita berbuat demikian? Ada yang menjawab "Untuk mempamerkan rasa cinta kepada baginda".

Of course, saya pun akan rasa gembira jika ramai orang mengungkap rasa sayang dan cinta kepada saya. Tetapi adakah semuanya hanya di hujung lidah? Sesungguhnya bukan sesuatu itu dipanggil cinta jika hanya diungkapkan tanpa dilakukan apa-apa. Kalau kita betul-betul cintakan seseorang itu, kita mesti akan melakukan perkara-perkara yang disukainya agar boleh membuatkan dia gembira.

Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w, kalau kita betul-betul mencintai baginda, kita perlu menyatakan kecintaan kita dengan melakukan perkara yang baginda sukai. Apakah perkara yang boleh membuat baginda bahagia walaupun tidak dapat melihat kita melakukannya? Jawapannya adalah dengan melaksanakan sunnah-sunnah baginda.

Seterusnya, saya ingin bertanyakan satu soalan (aduh, banyaknya soalan); apakah benar cinta kita terhadap Rasulullah adalah cinta yang sejati?

Sekiranya kita adalah peminat artis Korea, pasti kita tahu apakah nama sebenar G-Dragon, bilakah tarikh lahir Lee Min Ho dan sebagainya. Itu baru minat, belum sampai lagi ke tahap cinta. Bagi suami yang sangat mencintai isterinya pula, pasti dia mengetahui apakah makanan kegemaran isterinya, apakah nama moyangnya, berapa banyak tahi lalat atau ketuat yang ada padanya dan sebagainya.

Bagaimana dengan Rasulullah? adakah kita tahu apakah nama ibu bapa baginda, di mana baginda dilahirkan, berapa ramai isteri baginda serta nama mereka, dan yang paling penting sekali bagaimana baginda menyebarkan agama Islam yang dapat berkekalan sehingga lebih 14oo tahun?

Baginda Rasulullah s.a.w telah bermandi peluh, air mata dan darah dalam perjuangan baginda bersama sahabat serta keluarga baginda untuk menyebarkan Islam ke dalam hati setiap manusia. Baginda telah dicaci dan dihina serta kehilangan ramai orang tersayang dalam perjuangan baginda supaya kita dapat hidup senang dalam suasana Islam. Tidakkah ada sekelumit rasa berterima kasih kepada baginda?

Allah sangat memuliakan dan mencintai baginda, kenapa tidak kita? Baginda sangat mencintai kita, kenapa kita tidak dapat mencintai baginda dengan sebenar-benarnya?

Suatu hari Rasulullah s.a.w bersabda:

Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku,

Para sahabat bertanya:

Bukankah kami ini saudaramu ya Rasulullah?

Rasulullah menjawab :

Kalian adalah sahabat-sahabatku dan aku mencintai kalian, tetapi aku merindui saudara-saudaraku,

Para sahabat bertanya lagi:

Siapakah mereka ya Rasulullah?

Air mata baginda menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata:

Saudara-saudaraku adalah mereka yang tidak hidup sezaman denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku, tetapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku, dan beriman kepadaku. Aku merindui mereka, aku mencintai mereka.

Tidak cukup lagi dengan kata-kata untuk menggambarkan cinta baginda kepada kita, baginda juga menyebut 'ummati,ummati' ketika sakaratul maut sedang bertandang. Baginda juga berdoa kepada Allah biarlah baginda sahaja yang merasai sakitnya rasa apabila berdepan dengan sakaratul maut agar ummatnya tidak menderita seperti itu.

Sangat banyak lagi jasa baginda kepada kita, tetapi tidak cukup ruang untuk ditulis. Setakat apa yang terdapat di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa Rasulullah lebih layak untuk dicintai berbanding Super Junior, Orlando Bloom, Justin Bieber dan pasangan kekasih kita yang tidak dapat dijanjikan cintanya hingga ke hujung usia.

Bahkan, keutamaan mencintai Rasulullah adalah lebih tinggi daripada ibu bapa kita.

Tanyalah diri sendiri sejauh mana cinta kita kepada Rasulullah s.a.w. Sejauh mana kita menginginkan syafaat baginda di padang Mahsyar dan sejauh mana kita ingin bertemu dengan baginda suatu hari nanti.

Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu,
Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku kucup tanganmu,
Ya Rasulullah Ya Habiballah,
Aku rindu padamu....

Dengan hadirnya cinta kepada Allah dan Rasulnya, semoga hidup kita bertambah sweeeeeeeeeeeeet!!

0 comments: