BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 5, 2012

AKU TAK NAK HIPOKRIT!!!!


"Aku tak nak hipokrit"

Pernahkah saudara/saudari mendengar penyataan di atas?

Sememangnya ramai orang telah menjadikan penyataan ini sebagai alasan untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal..Adakah kita termasuk dalam dalam golongan ini? Tepuk dada, tanya iman (harapnya masih kekal di dada).

Apa itu hipokrit?

Secara umumnya, orang yang hipokrit adalah mereka pura-pura berperangai baik tetapi berlainan dengan dirinya yang sebenar...

Pada hari ini, ramai wanita yang tidak mahu menutup aurat sepenuhnya menggunakan perkataan hipokrit sebagai 'hujah' mereka..

"Saya tak nak pakai tudung kalau hati saya masih belum boleh menerimanya, saya tak nak hipokrit," Inilah antara luahan wanita-wanita yang berkeras untuk tidak memakai tudung.

Adakah memakai tudung walaupun hati tidak menerimanya dianggap sebagai hipokrit?

Jika mereka tidak mahu melakukan amal tersebut kerana risau ianya tidak ikhlas, ketahuilah bahawa ikhlas itu adalah suatu perkara yang hanya Allah sahaja mampu menentukan. Selain itu, menutup aurat (bertudung) adalah sesuatu yang telah diperintahkan oleh Allah, maka hukumnya adalah WAJIB. Sama seperti wajibnya mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan zakat, begitu juga menutup aurat (bertudung). Suka atau tidak, ikhlas atau tidak, kita tetap perlu melaksanakannya.

Ingatlah, sesungguhnya perintah menutup aurat dan bertudung ini adalah bertujuan untuk menjaga maruah dan diri wanita. Selain itu, wanita yang tidak menutup aurat juga perlu ingat akan suami atau bakal suami mereka yang sangat kasihan kerana mendapat wanita second hand. Kita perlu ingat, aurat kita hanyalah untuk suami kita, tidakkah kita berasa kasihan kepada suami atau bakal suami kita yang mendapat wanita yang sudah pun menjadi hidangan tatapan buat ramai lelaki lain sebelumnya?

Wanita apabila melaksanakan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan,
memelihara kehormatan diri serta taatkan suaminya, berpeluanglah ia memasuki
mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

Siapa tak inginkan syurga?

Walaupun pada hakikatnya kita adalah manusia yang tidak dapat lari daripada kesilapan, tetapi kita masih boleh berusaha untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Wanita solehah adalah lebih baik dari seribu lelaki yang tidak soleh.

Mari kita menjadi manusia yang soleh/solehah dan musleh supaya hidup kita akan menjadi lebih sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet!!



0 comments: