BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 29, 2012

Wednesday, January 25, 2012

..........


Saya pernah terdengar soalan ini ;

Kalau nak ambil buah yang tengah masak dekat atas pokok guna alat apa?

Saya jawab ;

Mestilah guna galah (atau alat moden yang sewaktu dengannya).

Kemudian orang tersebut bertanya lagi;

Bila dah dapat buah, anda nak makan buah ke galah?

Saya terus membalas ;

Mestilah makan buah, buat apa nak makan galah (sihat ke tak orang ni?)

Kemudian, orang tersebut menjelaskan tentang soalan yang (agak tak masuk akal) ditanya sebentar tadi (p/s: saya cuma menulis balik apa yang dia cakap dalam 'bahasa' saya);

Okey la, cuba bayangkan galah tu sebagai keperluan hidup dan buah itu adalah tujuan hidup kita. Jika kita ingin mencapai tujuan hidup, kita mestilah memenuhi keperluan hidup juga kan?

Saya berikan contoh; apabila kita mengait buah menggunakan galah. Kita tidak akan mendapat buah jika tidak mempunyai galah serta kita semestinya tidak akan makan galah jika tidak dapat mengait buah.

Begitulah keadaannya jika kita ingin beribadah kepada Allah, kita perlu makan, mendapatkan pakaian dan sebagainya sebelum beribadah kepada Allah. Jika kita tidak makan serta tidak mempunyai pakaian yang menutup aurat, maka kita tidak akan dapat beribadah kepada Allah. Pada masa yang sama jika kita tidak beribadah kepada Allah, apa gunanya kita makan serta memakai pakaian yang menutup aurat?

Walau bagaimanapun, terdapat ramai juga orang yang berbuat demikian (iaitu makan galah apabila tidak dapat mengait buah). Terdapat ramai orang yang bersungguh-sungguh memenuhi keperluan hidup mereka, apabila mereka berjaya, mereka tidak menuju kepada tujuan hidup mereka, malah kembali memburu keperluan hidupnya semula. Samalah seperti orang yang ingin mengumpul harta sebanyak yang mungkin. Apabila hartanya sudah banyak, dia akan membelanjakan harta tersebut. Kemudian, bila hartanya sudah habis, dia akan kembali mencari harta semula dan seterusnya mengulang kembali putaran hidupnya sehingga sampai ke titik penghujung yang dia tidak
sedar akan ketibaannya.

Seharusnya, seorang muslim perlu mengetahui keperluan dan tujuan hidupnya yang sebenar supaya hayatnya tidak akan disia-siakan. Sememangnya tidak salah bagi seorang muslim untuk mengumpul harta yang banyak dan mempunyai anak yang ramai, tetapi perlu diingatkan akan tujuan sebenar pengumpulan harta dan anak yang ramai itu. Sesungguhnya telah dinyatakan dengan jelas tujuan manusia memenuhi keperluan hidup dalam surah Ad-Dzariyat ayat 56:


"Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku"


Oleh itu, marilah kita mencari 'galah' dalam hidup kita supaya dapat mengait 'buah' yang sebenar!