BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 3, 2011

Berlian atau Lampu


Assalamualaikum...


Setelah lama menyepi, akhirnya terbit sebuah ilham dariNya untuk meneruskan misi ini.
Kalau kita bertanya kepada sang wanita:"Awak nak berlian ke lampu?". Sang Wanita tersebut pasti tanpa berfikir panjang menjawab BERLIAN!!!dengan penuh rasa semangat yang berkobar-kobar.

Bila difikirkan semula. mestilah orang akan lebih memilih berlian berbanding...lampu. Berlian lebih berharga dan cantik. Sedangkan lampu.Hmm...

Di sini ana membuat analogi, lampu itu ibarat cahaya.
Kita melihat berlian itu cantik. tapi kerana apa dia cantik?kerana dia bersinar2.kerana apa dia bersinar2? kerana adanya cahaya yang memantul kepadanya.

tapi ramai orang yang tidak menyedari bahawa cahaya yang berperanan besar dalam menaikkan kualiti sebutir berlian.

Kita boleh kaitkan peristiwa di atas dengan kehidupan kita. Walaupun si cahaya yang sentiasa di samping si berlian tidak dipandang.namun dia tetap tabah dalam menyinarkan diri si berlian.
Jadilah seperti cahaya yang low profile bukan seperti berlian yang high exposed dan boleh dicuri bila2 masa.

Ingatlah.Hidup ini adalah untuk berjasa kepada orang bukan untuk dijasa.
Barulah hidup ada sweeeeettttt...