BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 22, 2010

♥ buat insan bergelar SAHABAT ♥



Nilai persahabatan terlalu agung untuk disingkirkan dalam hidup manusia.
Sahabat, dalam tawa ada DUKA,
Dalam cemburu ada KASIH,
Dan dalam benci terselit sayang yang ABADI..

Keindahan dalam persahabatan sulit untuk digambarkan walau kadang terjadi seketika tangis dan tawa :)

Kerana,
Tidak semua insan pernah merasa manisnya UKHUWAH dan juga erti UKHUWAH…

Salam ukhuwah dariku Dunia&Akhirat :)♥

Friday, June 18, 2010

1 insan...

Assalamualaikum...

penat nak tulis panjang2.kali ni ana nak tulis puisi pulak.khas untuk insan yang bergelar teman.


Teman,
Tika ku dalam kedukaan,
Kau datang membawa keceriaan,
Tika ku dalam ketakutan,
Kau datang memberi pelindungan,
Namun kini kau cuma kenangan,
Yang sentiasa bermain di fikiran,
Membuat ku sesak tak keruan,
Semakin jauh kau dari penglihatan,
Semakin menebal suatu perasaan,
Ingin membongkar segala persoalan,

Namun,
Cuma kau yang memiliki kuncinya,
Bagi membuka peti jawapan,
Bagi menjawab segala kekeliruan,

Tapi kau enggan,
Kunci yang kau ada kau simpan,
Mahu berkongsi takkan kesampaian,
Walaupun aku adalah teman....


Friday, June 4, 2010

Istimewa ke????



Assalamualaikum...

Apa yang istimewa bila kita ada 'teman istimewa'?
Dapat berbangga dengannya itu dikira istimewa?
Dapat mencurahkan segala2nya kepada Dia dikira istimewa?
Atau mengikut trend zaman sekarang itu yang dianggap istimewa?

Fikir2kanlah semula kenapa kita bercouple?
Adakah kerana mengikut orang lain?
Kerana rupa?
Kaya?
Atau kita berbangga kerana ada yang sudi berkenalan dengan kita?

Dimanakah keistimewaannya??
Ana langsung tak nampak.

Adakah kita dapat berbangga jika manusia men'cintai' kita tapi Allah memurkai kita?
Adakah itu lebih kita rela?
Sejauh manakah cinta sesama manusia boleh bertahan?

Walau kita setia sekalipun, kita pasti dipisahkan oleh maut yang telah ditentukan Allah.
Walau sekuat manapun cinta kita terhadap si Dia, pasti dapat digoyahkan dengan harta duniawi.
Semua ini terjadi kerana cinta kita tak dapat redha Allah.
Semuanya hanya berlandaskan nafsu.
Menutup rapat mata hati.
Menyebabkan semua yang dibuat nampak halal dan benar.

Renungkanlah supaya kita menjadi manusia yang berakal.
Men who love Allah are very sweetttttt.......