BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 30, 2010

Ada ke??


Assalamualaikum...

Ada ke?Apa yang ada?

Sebenarnya satu hari,seorang hamba Allah bagi tazkirah.Dia cakap yang couple ni ade dua: couple suke2 dengan couple untuk berdakwah.

yang first tu(couple suke2) tu confirm lah haram dan tak boleh.
yang ana konfius kenyataan yang nombor due(couple utk berdakwah).
sebenarnya ade ke istilah couple untuk berdakwah?
Ana yakin sekali tak ade.yang ade pun cume untuk orang yang cube mengHALALkannya atas nama dakwah.

Kononnya kita sedaya upaya menjaga hubungan kita dengan si dia supaya tak melanggar syariat Allah seperti sentiasa memperingati(bagi tazkirah).
walaupun kita sudah berjaya menghalangi zina tangan,mata,telinga.
tapi ade satu lagi zina yang tak dapat dilepasi iaitu zina hati.
kadang-kadang kita akan teringatkan dia walaupun ketika solat.
ini ke yang boleh dikatakan hubungan berpandukan syariat Allah?
walau kita cuba sedaya upaya untuk melupakan si dia,pasti tak dapat sebab kita selalu menghubunginya.

Sebenarnya boleh ke kita couple?
Jawapan ana adalah sudah tentu boleh.
Tapi hanya setelah berkahwin kerana betapa manisnya hubungan itu apabilah sudah menjadi halal.

Ada ke patut kita menggunakan nama agama untuk menghalalkan apa yang haram?
memang kiamat semakin dekat..
Jadi fikir2kanlah supaya terhindar menjadi orang yang memusing2kan hukum yang telah Allah tetapkan.

Thursday, May 27, 2010

Sayonara Jahilliah(2)

Assalamualaikum...

Kelibatnya membuatkan ana jadi tak tentu hala.
Dialah ketua pengawas sekolah rendah dulu.Nama dia Mahmudah bin Mujahadah. dia ni pulak jenis yang shadid.

alamak! malu kot nanti kena ceramah depan perempuan.
semakin dia dekat, semakin jantung aku berdegup kencang.
ana cuba mempersiapkan diri untuk diceramah khalayak ramai.

satu, dua, tiga...
tiba-tiba dia melintasi ana. ana cuba menoleh untuk memastikan ana tak tersilap tengok.

tapi dia memang melintasi ana dan berjalan dengan tenang seperti tak ada apa-apa yang berlaku.

dia buat tak kisah, ana lagilah.penerokaan Mid Valley yang terbantut disebabkan seseorang disambung kembali bersama dengan Nafsu.
tapi kali ni, ana berenggang sedikit dengan Nafsu. takut-takut muncul kembali tetamu yang tak diundang. takut dengan manusia tapi dengan Allah????

lewat malam baru ana pulang ke rumah. perasaan gembira meluap-luap.
selama ini hidup ana cuma hitam putih saja.baru pertama kali merasakan diri ini hidup berwarna-warni dengan kehadiran Nafsu.segala kenangan bersama dengan Nafsu terbawa-bawa hingga ke alam fantasi.

Esoknya ana pergi ke sekolah seperti biasa, tanpa tujuan hidup.waktu rehat pertama, ana berjalan bersama jahilliah menuju ke tempat yang boleh mengenyangkan perut, kantin.

tengah seronok bercerita dengan bangganya tentang peristiwa semalam. ana ternampak kelibat seseorang iaitu Mahmudah. tiba-tiba ana jadi kelu. mata ana bagai digam kukuh.tidak berkedip. tiba-tiba ana nampak dia tersenyum kearah ana.
ana jadi pelik. betul ke dia tak nampak apa-apa semalam. walaupun macam-macam persoalan tapi yang penting isi dulu perut yang tengah berkeroncong ni.
belajar, belajar dan belajar...

kini tiba waktu solat. selepas selesai ambil wudhu', ana duduk barisan ke tiga sambil menunggu azan dikumandangkan. tengah melayan perasaan, ana rasa ada seseorang duduk di sebelah ana. tanpa mengambil tahu siapakah orangnya. ana meneruskan melayan perasaan.

selesai menunaikan solat 4 rakaat yang tak berapa khusyu', baru je kaki ana nak melangkah pergi, bahu ana tiba-tiba ditepuk dari belakang.
ana berpaling. wajah ana yang pada mulanya berkerut menahan marah, tiba-tiba berubah menjadi riak terkejut. Mahmudah! apa pulak yang nak dia cakap ni.
jantung mengepam darah dengan laju menyebabkan degupan jantung berdegup kencang.

dia bersuara. "Assalamualaikum akh.dah lama tak jumpa. biasalah orang 'sibuklah' katakan.ada satu hari tu kan, ana pergi Mid Valley.tiba-tiba ana terserempak dengan orang yang mukanya sebijik macam anta.mula-mula ingatkan nak tegur.tapi terus tak jadi sebab ana tengok dia tengah couple.siap pegang tangan lagi. ana fikir tu mesti pelanduk dua seupa sebab ana yakin anta takkan buat macam tu kan?? Ana yakin anta baik."

Ya Allah. ana rasa jantung ana macam dipanah petir.bahkan lebih pedih dari tu.sampai macam tu sekali dia menganggap diri ana yang telah menghinakan diri sendiri ni. ana tertunduk.kelu lidah untuk berkata-kata.

tiba-tiba dia memeluk ana. kehangatan ukhuwah terus mengalir dalam diri ana sehingga membuka mata hati ana yang slama ni membutakan diri membuat kejahilan.
mata ana yang selama ini kering dengan air hasil muhasabah diri telah dibasahi dengan air terbit dari hati yang insaf.hanya dengan beberapa ayat, kejahilan ana tewas juga.

secara jujur,selama ana berkawan dengan Jahilliah, ana langsung tak pernah merasa tenang walaupun bermacam-macam keseronokkan yang dia perkenalkan. tapi dengan satu pelukan dari Mahmudah menghilangkan segala resah.ana tahu dia ikhlas dalam menegur ana.

setelah sekian lama ana berkawan dengan Mahmudah.Jahilliah semakin dilupakan ana.
namun panas disangka sampai ke petang, hujan turun di tengah hari. Jahilliah cemburu terhadap pesahabatan ana dengan Mahmudah.dia berani untuk menyebar fitnah.namun semua itu berjaya ditangkis dengan pertolongan Mahmudah.

kejadian itu membuatkan ana merasa lebih benci terhadap Jahilliah.ana mengambil keputusan untuk meninggalkannya.

tetapi kehidupan ana tak berakhir di situ.Jahilliah tetap mengganggu ana.Namun semua itu tak diendahkan.akhirnya dia berasa jemu. dia cuba mencari mangsa lain. Ana dan Mahmudah akan berjuang untuk mempertahankan orang lain agar sejarah hidup ana tak berulang kepada orang lain.
Sayonara jahilliah.....


Friday, May 14, 2010

Sayonara Jahilliah[1]


Assalamualaikum...

Nama ana Qalbu Bin Hati. Ana mandapat pendidikan di Sekolah Menengah Al-Jismu dan sekarang ana Tingkatan 3. Arrrggghhh....

Macam2 tekanan yang ana hadapi.PMR pulak dah dekat. Kebetulan ana ada kawan yang best. Nama die Jahilliah. Die ni memang sporting, sempoi.

Satu hari, ana dengar die cakap b**o*. Ana tertanye2. Apa maksud perkataan tu?? Macam best jer.Jadi atas dasar ukhuwah, ana pun ikut jer lah apa yang dia cakap tu.

Lepas tu, die ajak buat facebook,myspace,friendster dan macam2 lagi. siap berbaik hati nak ajar ana. Ana serahkan seluruh kepercayaan ana kepada die supaya buatkan ana punyer laman sosial tu. Tak lama lepas tu, Jahilliah bagi password untuk ana punyer laman sosial tu. wah tangkas betollah die ni. syok oooo....

first time ana bukak, ana macam rusa masuk kambinglah pulak. berjam2 lah jugak ana depan komputer cume nak login. hai buta IT rupenyer...

tapi lame2 lepas tu, ana dah ada ramai kawan yang ana add.mule2 lelaki jer. lepas tu, berkat dorongan Jahilliah, ana adalah sorang due kawan perempuan. ana telah membuang banyak mase kat depan komputer.. ada pernah satu hari tu, ana TERtinggal solat maghrib sebab layan sorang nie. sebab tak nak kecewakan dielah katekan. tapi kecewakan Allah boleh pulak...Ishh3

Satu hari, ana terlihat pasangan kekasih sedang duduk berdua-duaan di suatu tempat.sedang melayan asmara dana. tiba-tiba timbul keinginan ana nakkan 'PASANGAN HIDUP' .

Ana pun dengan pantasnya meminta padangan Jahilliah.die pun setuju dengan keinginan ana. die jugak cakap yang ana dah sampai seru nak berpasangan ni.
die pun bagi no sorang awek yang katanya cun..
.
ana mule2 takut jugak nak buat benda2 ni. tapi berkat ketipisan iman, ana berjaya melakukan kerja nie iaitu menghantar sms. nama awek tu Nafsu Bt Maksiat.tak sampai seminggu salam perkenalan antara kami, awek tu ajak keluar ataupun DATING.

Malam sebelum hari perdatingan kami, ana rase berdebar2 yang teramat sangat.tapi ditenangkan dengan perkara2 manis yang bakal berlaku esok..

mase yang ditunggu pun tibe. kami membuat temu janji di Mid Valley. situlah port paling ramai couple bermaksiat.





sedang menunggu Nafsu, ana ditepuk dari belakang. ana pusing dan betapa terkejutnya ana melihat seorang perempuan yang bert-shirt pink berlengan pendek. seluar jeans ketat tahap sendat. rambut panjang mengurai mengalahkan Pontianak harum sundal malam.wangiannya pulak menusuk hidung sehingga membuatkan ana terangkat...

kami pun berjalan2. pada mulanya kami berjalan pada jarak 1 batu. lama kelamaan, ana merasa sesuatu yang tidak menyelesakan. ana toleh ke kanan dan terlihat Nafsu. sejak bila pulak dia ada dekat. ah, biarlah.

tak lama lepas tu, ana rasa tapak tangan ana berasa hangat.
ana lihat tangan ana, betapa terkejutnya ana. tangan mulus Nafsu dah menggenggam tangan ana. muka ana dah merah. jantung bagai mahu meletup.

tapi semua itu berhenti apabila ana melihat kelibat seseorang. seseorang yang akan menyebabkan ana mendapat malu besar..

nantikan episod kedua... Insyaallah...

Sunday, May 9, 2010

my lord....

God, Rabb, and Kami-sama,
You live in all languanges,
You exist in all places,
'O Allah, you the Creator,
The Lord of the world and hereafter,'
We bow only to you,
We swore only with you,
You are Ar-Rahman,
You are Ar-Rahim,
You give life to man,
And you take it back from him...

Saturday, May 1, 2010

SOSIALISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, anda memberi seekor kepada jiran anda.

KOMUNISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, kerajaan akan mengambil seekor dan memberikan anda susunya.

FASISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, kerajaan akan mengambil kedua2 ekor dan menjual susunya kepada anda.

NAZISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, kerajaan akan mengambil kedua2 ekor dan menembak anda.

CAPITALISME: Kalau anda ada 2 ekor lembu, anda akan menjual seekor dan membeli seekor seladang.

DI ISRAEL: Kalau anda ada 2 ekor lembu, kerajaan akan mengambil kedua2 ekor, menembak seekor, mendapatkan susu dari yg lagi seekor, membuang susu itu… dan anda akan menembak diri sendiri.

Wanita dan rahsianya

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan

Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
________________________________________
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

________________________________________
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
________________________________________
Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!________________________________________
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… !
________________________________________
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up! ________________________________________
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
________________________________________
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
________________________________________
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
________________________________________
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
________________________________________
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
________________________________________
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
________________________________________
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
________________________________________
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
________________________________________
Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
________________________________________
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai…
________________________________________
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!

faham la sikit..

Cerita 1

Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata, “Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. “Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!”

Cerita 2“

Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?” “Entah… … saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!”

Cerita 3

Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!Pelajar : Terima kasih cikgu.Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?Pelajar : Balik ke rumah!!

Cerita 4

Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu…“Eh,baru balik..?” tanya si ibu sinis.“Ya, mak..” jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih, kemudian meninggikan suara.“Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!”Tengking si ibu.“Nak sarapan!” balas si anak pendek

berwajah manusia


Ajaib nya kejadian Allah….Tuhan sekelian isi alam ini..!!!Seekor anak kambing berwajah manusia telah dilahirkan di Turki baru-baru ini. Menurut doktor haiwan, ibu kambing mengalami masalah untuk melahirkan anak memaksa doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak kambing tersebut.kepala anak kambing itu memiliki ciri-ciri seperti manusia, dengan hidung, mulut dan mata semuanya menyerupai manusia kecuali telinga je macam kambing.Makhluk ganjil ini tidak berbulu. Menurut orang kampung, anjing pun takut hendak mendekatinya.

sayonara jahiliyyah :D


10 muwasafat tarbiyyah


buat renungan bersama